Kegunaan am Terendak

Terendak digunakan terutamanya sebagai perlindungan daripada matahari dan hujan. Terendak yang diperbuat daripada jerami atau anyaman pula boleh dicelup ke dalam air lalu dipakai sebagai alat pendingin sejat yang spontan.[1]

Di Filipina, terendak kosong lazimnya dipakai oleh kaum petani, sedangkan golongan atasan membuat terendak berhias dengan pelbagai barang kemas, ataupun terendak yang diperbuat daripada karapas kura-kura dengan pancang di atas. Ia pernah dipakai oleh askar Tentera Jajahan Sepanyol keturunan pribumi, terutamanya kaum Tagalog, Kapampangan, dan Ilokano di hujung zaman penjajahan Sepanyol.

Begitu juga di India dan Borneo, terendak kosong dipakai oleh orang jelata dalam kerja harian, tetapi sewaktu perayaan, terendak yang berwarna-warni pula digunakan. DiĀ Sabah, terendak berwarna-warni dipakai untuk sesetengah tarian. Di Assam, India pula terendak berhias tergantung di rumah sebagai barang hias ataupun dipakai oleh golongan atas sempena sambutan khas.

Di negara China, terendak sering dikaitkan dengan petani, sedangkan golongan pembesarĀ memakai topi ketat seakan kopiah, terutamanya pada musim sejuk.[2]